Sekiranya anda memang jenis yang suka bersendirian tatkala membeli belah, eloklah jika anda praktikan perkara di bawah ini:-
- Rancang dan batasi perbelanjaan anda. Lebih elok jika anda sediakan senarai barang yang hendak di beli, dan pastikan juga anda sendiri harus lah patuh dengan senarai tersebut.
- Jika anda mempunyai kad kredit lebih baik elakkan, biasakanlah dengan mengunakan wang tunai untuk mengehadkan perbelanjaan anda.
- Jangan mudah percaya semua yang di dengar mahupun yang dapat dilihat. Sememangnya manusia mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang menarikkan perhatian.
- Membeli ketika anda memerlukannya, jangan pula beli tetapi anda sendiri tidak tahu keperluaannya.
- Anda boleh memastikan mutu dan kegunaan barangan yang di beli tidak terjejas atau hampir terjejas.
- Jadilah seorang pembeli yang bijak, bandingkan terlebih dahulu harga dan kualiti dengan kedai-kedai yang lain sebelum membuat pembelian.
- Anda perlu tahu hak anda sebagai pengguna.
- Pengunaan bakul yang kecil elakkan pengunaan troli. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kecenderungan dan keinginan anda untuk berbelanja lebih.
- Berbelanja apabila anda berada dalam keadaan kenyang. Amalan ini dapat mengelakkan anda daripada tergesa-gesa dan membuat pilihan dengan lebih tenang.
- Semak harga yang di kemuka kan dengan harga yang tercatat pada resit dan jumlah barang yang dibeli.
- Buat tuntutan jika terdapat perbezaan sama ada dari segi harga, kualiti, keselamatan dan kesahihan barang yang dibeli.
- Berjalan atau gunakan pengangkutan awam. Ia dapat mengehadkan hasrat dan kemampuan anda untuk membeli barangan yang tidak perlu.
Anda haruslah ingat ketika membeli, perlulah berdasarkan keperluan dan kemampuan. Bukan mengikut perasaan atau keinginan. Alah membeli menang memakai.
Sumber : http://www.koleksiartikel.com/ilmu/kewangan/berhati-hati-jika-anda-membeli-belah-seorang-diri.html
0 comments:
Post a Comment