Saturday, 19 May 2012

Tip-tip Membeli Belah Pada Musim Perayaan





Setiap kali tiba musim perayaan, sudah tentu kita akan bertungkus-lumus untuk membuat persiapan yang menyeluruh bagi menyambut perayaan tersebut dengan meriahnya. Seperti di Malaysia, majoriti penduduknya hidup harmoni dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Setiap kaum mempunyai perayaan yang tersendiri sebagai contoh kaum Melayu yang sinonim dengan Hari Raya, kaum Cina yang sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina dan kaum India yang tidak asing lagi dengan perayaan Deepavalli.

Apabila hampir dengan musim perayaan, semua orang akan berkunjung ke kompleks membeli belah untuk membuat persedian. Pakaian, makanan, perabot rumah, lengkapan dan lekapan hendak diubahnya agar sesi perayaan pada waktu itu akan lebih bermakna. Tetapi, perlu diingatkan, jangan sampai boros. Berbelanja luar dari kemampuan. Oleh itu, di sini ada beberapa tips yang berguna untuk anda aplikasikan semasa membeli belah setiap kali menjelangnya musim perayaan.

  • Buat persiapan awal. Jangan beli secara tergesa-gesa.

  • Sediakan rancangan perbelanjaan dan senarai barang-barang yang hendak dibeli.

  • Buat belanjawan.

  • Beli mengikut kemampuan masing-masing.

  • Janganlah berbelanja jika anda ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran anda.

  • Elakkan berhutang. Jika terpaksa membeli secara ansuran, pastikan anda mampu membayarnya secara bulanan dan tidak melebihi kemampuan kewangan anda.

  • Jangan membeli lebih daripada yang dirancang.

  • Berhati-hati menggunakan kad kredit.

  • Pastikan anda membuat perbandingan harga dan kualiti sebelum membeli.

  • Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah.

  • Sekiranya membeli barang-barang secara pukal, gunakan perkiraan unit harga untuk melihat sama ada ia lebih murah daripada membeli secara berasingan dalam unit kecil.

  • Semak supaya anda tidak membayar lebih daripada yang sepatutnya kerana kesilapan pengiraan oleh juruwang.

  • Periksa semua barang yang dibeli. Pastikan tiada sebarang kecacatan atau kerosakan pada barang.

  • Jangan membeli kerana terpengaruh dengan iklan.

  • Periksa tarik luput untuk barangan makanan.

  • Beli pakaian yang sesuai dengan peringkat umur pemakai serta periksa kualiti kain. Untuk kanak-kanak, beli saiz pakaian yang lebih besar sedikit kerana mereka membesar dengan cepat.

  • Gantikan perhiasan yang perlu ditukar sahaja.

  • Gunakan kreativiti anda untuk menghias rumah tanpa menggunakan perbelanjaan yang besar.

  • Jangan masak berlebihan. Jika perlu, simpan stok makanan mentah yang boleh dimasak segera kalau ada lebih tamu yang datang.

  • Makanan yang tidak habis dimakan harus dimasukkan ke dalam peti sejuk secepat mungkin sebaik ia dingin supaya boleh dimakan lagi.

Sumber : Portal Majlis Daerah Segamat (Rumusan petikan dari Kempen Konsumer Kebangsaan)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons